Saturday, August 13, 2011

kasih seorang suami...

seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majlis perkahwinannya sungguh meriah. suatu majlis yang gemilang dan riang gembira serta diiringi paluan kompang dan gendang.
pengantin perempuan begitu cantik dengan gaun putihnya, dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah, segak dan tampan.
setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka merupakan pasangan yang saling mencintai dan sepadan.
beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya,
" abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkukuhkan hubungan dan tali pernikahan kita " katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
" masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kita kurang sukai dari pasangan kita. kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ".
suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama.
malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka masing-masing.
keesokan pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.
"saya akan mulakan dulu ya" , kata isteri.
lalu dia mengeluarkan senarainya. banyak sekali yang di tulisnya, sekitar 3 muka surat. isteri membacakan senarai yang ditulisnya satu persatu, sedang dia memperdengarkan hal-hal yang tidak dia sukai dari suaminya, dia perhatikan bahawa air mata suaminya mulai mengalir.....
" maafkan saya abang, apakah saya harus berhenti? " soal isteri.
"oh, tak mengapa. teruskanlah sayang " jawab suami.
dan isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dan berkata
" sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis ".
dengan suara yang perlahan dan berbaur tangisan, suami berkata
 " abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas ini. abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah dirimu. abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. awak terlalu cantik dan baik bagi abang. tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku sayang..... "
si isteri tersentak dan tersentuh hati oleh pernyataan dan luahan cinta serta isi hati suami bahawa suaminnya menerima dia dengan seadanya.
dia tertunduk dan menangis.
" abang, maafkan saya..... "

p/s : aku mahu seperti suami itu...menerima seadanya...tapi aku lihat mmg perihal wanita bersifat tidak mencukupi dan tidak berpuas hati...aku harap aku mampu mengubahnya sehingga tiba 'waktu itu' untuk diriku...amin...doakan aku berjaya sahabat...


No comments:

Open Cbox