Thursday, August 16, 2012

Curang (Part1)

Salam Akhir Ramadhan semua! Ha, mesti terbeliak biji mata anak mata bulu mata taik mata korang semua bila baca tajuk entry ni kan! Mesti semua terfikir-fikir tergeletik nak tahu apa lah yang curang kan. Kali ni kita nak berkongsi sedikit pengisisan dan luahan rasa yang tiba-tiba terjun dalam otak kita time kita dekat masjid time tarawih tadi. Kita terfikir macam mana kalau kita curang pada saf? Faham tak? Mesti tak kan, ok meh kita explain ok. Curang pada saf ni hanya kita punya istilah untuk menggambarkan saf/barisan solat yang lompang-lompang sewaktu solat berjemaah. Korang pernah berhadapan tak dengan situasi macam ni? Kita selalu berhadapan dengan situasi macam ni. Kita pun dah  tak tahu macam mana nak bagi sedar dengan jemaah ni, mungkin saya yang salah, tidak menegur atau bertindak dengan merapatkan saf yang jauh, mungkin saya yang salah kerana bentang sejadah dengan arah vertical berbanding hrizontal yang boleh memuatkan lebih ramai jemaah dalam satu sejadah atau mungkin saya yang mengangkat takbir dengan keadaan tangan terlalu mendepang sehingga jiran jemaah terpaksa menjauh. Tak apalah, lepas ni saya pakat-pakat tak buat dah kesalahan ni semua, INSYALLAH. Alang-alang tu, saya nak bagi sikit perkongsian yang mungkin boleh diguna pakai untuk atasi masalah ini. 

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki.
-Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya  – Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.


2 – Meratakan dan meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
-Dari Anas bin Malik r.a. berkata, (Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya – Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.
-Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat – Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud. Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat.  

3 – Menutup ruang/celahan di antara saf atau barisan.
-Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki Syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya  – Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.
-Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, Demi jiwaku yang ada di tanganNya, aku melihat Syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing – Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik dan betul.
-Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi ), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian  – Hadis Riwayat Muslim.

 kredit from link sini :)




Selain daripada tu, kita ada jumpa sedikit perkongsian ilmiah mengenai perkaitan saf dan juga fakta saintifik. Kita rasa dah ramai yang tahu pasal perkara ni, tapi kita nak letak jugak, kita nak berkongsi je ok.


SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.

Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.

Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.

Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.

Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

kredit from link sini pulak :)

No comments:

Open Cbox