Friday, August 3, 2012

ohh, insan!

Salam, antum semua tahu tak makna insan yang sebenarnya? Kalau nak diikutkan pengertian bahasa rohaniah, insan maksudnya lupa. Manusia itu disebut dengan insan kan? Maknanya, manusia juga lupa. Betulkan? Manusia lupa, manusia sering lupa, manusia selalu lupa. Tetapi kita semua tak mengaku pun kan? Sikit pun x mengaku yang kita ini lupa, kita ini pelupa.Walaupun begitu, ALLAH swt tetap sayangkan hambaNya. Antum semua percaya tak? Tak percaya ke? Nak tahu tak apa bukti ALLAH swt tetap sayang kita walau kita lupa? Pertamanya, pada zaman dahulu kewajipan menunaikan solat bukanlah 5 waktu sahaja, tetapi lebih. Tetapi kerana kasihnya Nabi Muhammad pada ummatnya, baginda minta pada ALLAH swt supaya dikurangkan waktunya. Lihat sahabat/biah semua, kasihnya ALLAH swt, sayangnya ALLAH swt pada hambaNya. Keduanya, sudahlah dikurangkan waktu solat, diingatkan pula kita pada setiap waktu solat  untuk menunaikan solat dengan laungan azan. Lihat sekali lagi sahabat/biah, apakah ini bukan tanda cinta kasih ALLAH swt pada kita???

p/s : kredit to Imam Masjid Besar Binjai sewaktu tazkirah antara rakaat sewaktu Tarawih kelmarin :) harap hari ini, akan dapat input baru lagi...

2 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

punyer la Allah takknk bebankan kita kn sebenarnya

Ain Nabila said...

ha, tuh la psl kan.......tu pun kite lupe lagi dekat DIA......(cakap psl dr sendiri je nih huhuhu)

Open Cbox