Monday, November 12, 2012

Bila hati bertaut...

Subhanalah, Alhamdulillah, Allahuakbar, semalam aku telah menerima suatu pengalaman, cerita, kenangan, saat paling indah, paling menawan, paling syahdu, dan bermacam paling lagi yang tidak mampu aku ungkapkan dengan tulisan malahan kata-kata. Aku telah pergi join event anjuran #TeamHijrah(sebuah organisasi bebas yang menyokong dan mendokong sebarang bentuk penghijrahan yang ingin dilakukan oleh mana-mana muslimin atau muslimat yang bergerak di sekitar KL dan Selangor) iaitu program Street Da'wa @ KLCC. Eveny ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya, tiada paksaan, tiada bayaran, tiada apa-apa yang merugikan bagi aku, malahan aku merasa ia memberi ribuan menfaat(samada aku sedar atau tidak). 

Inilah event yang aku join, Kempen Tutup Aurat @ KLCC. Aim kami adalah menyebarkan ilmu mengenai aurat kepada orang sekeliling melalui kaedah percakapan dan kami juga menyebarkan flyers bagi yang tidak berkesempatan atau menolak untuk mendengar kami berbicara. Sasaran kami sepanjang kempen itu ialah orang awam serta pengunjung sekitar Taman KLCC. Alhamdulillah wa Subhanallah, ada yang mendengar dan menerima baik approach kami, Alhamdulillah! Tapi tidak kurang juga yang menolak dan tidak mahu mendengar usaha kami, tidak mengapa, kami tidak berkecil hati, inilah kerja dakwah :) Sedangkan kekasih ALLAH dilempar dengan batu, najis dsb, inikan pula kita, ummat akhir zaman yang tidak mensyukuri nikmat-Nya. (Teringat petikan surah Ar-Rahman "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?") Kami anggap ini ujian dan dugaan. Allahuakbar wa Masyallah, disini aku ingin berkongsi perasaan aku saat sampai di KLCC. Jujur aku katakan, aku tidak pernah sampai kesana secara sendiri atau dengan sahabat-sahabat, selama ini aku datang bersama ailah aku, tapi semalam, telah tertulis nama aku untuk sampai kesana, maka tercampaklah aku kesana. Alhamdulillah. Sesampai aku di stesen KLCC, aku dan sahabat-sahabat mula menapak keluar, seolah kami tahu kemana arah tuju kami, padahal kami langsung tidak tahu akan selok belok disana(sesungguhnya, yakin ALLAH yang jaga kami). Kemudian, aku bertemu sahabat baru yang kebetulan mahu menuju ke destinasi yang sama yang juga mempunyai pengalaman tidak pernah kesana juga sama seperti aku, M(bukan nama sebenar) dari Seremban. Subhanllah, ALLAH temukan kita. Kemudian, aku teruskan langkah keluar, Masyallah! Aku lihat sejumlah manusia yang sangat ramai, rupa-rupanya itulah pemandangan KLCC dihujung minggu, penuh dengan manusia, berkeluarga, bersahabat, berorganisasi, berseorangan dan macam-macam kumpulan lagi. Tidak lama kemudian, kami didekati seorang niqabi, memperkenalkan dirinya sebagai KAK B(bukan nama sebenar) menyambut kami di tengah kelompok manusia dan menerangkan agenda kami seterusnya. Kami dibawa ke tepi taman untuk berkumpul sebelum menjalankan aktiviti seterusnya. Meremang bulu roma serta bergetar hatiku melihat sahabiah ukhti-ukhti yang telah lama hadir sedang berkumpul, Subhanallah Ya ALLAH! Aku masih diberi peluang berkumpul dengan pencinta agama-Mu dan pencinta kekasih-Mu, Alhamdulillah :) 
*kredit kepada pemilik gambar*
Melihat akan kami saling berkumpul sebegini, apakah tidak gentar orang sekeliling? Apa pendapat kalian? Ternyata mereka gentar, kami telah dihalang oleh Pak Guard(yang sangat berdedikasi itu) daripada berkumpul sebegini. Maka, langkah kami diarah ke rumah ALLAH berdekatan iaitu Masjid Asy-Syakirin. Semoga dengan barakah rumah ALLAH, kami tidak akan diuji lagi kerenah manusia yang tidak faham(Insyallah, mari kita panjatkan doa semoga hamba ALLAH tersebut mendapat hidayah-Nya). 
*kredit kepada pemilik gambar*
Perjalanan kami ditemani dengan anak mata dan bola mata pengunjung di Taman KLCC yang mungkin sedang mendoakan kesejahteraan kami dan mendoakan kejayaan program kami, Insyallah. Aku cukup yakin , anak mata serta bola mata itu terpersona dengan kami kerana kami asing tapi kami mampu menjadi fenomena di KLCC(ayat seorang ukhti yang tidak aku ingat dan kenal siapa). Aku cukup terkesan dengan ayat itu, kerana memang benar kami menjadi fenomena di KLCC, saat orang berlumba-lumba mencari pakaian tercantik dan paling berjenama, kami berlumba mencari pakaian iman dan jenama taqwa, Insyallah. 
Apa yang paling ingin aku kongsikan ialah beberapa quotes yang aku dapat semalam sepanjang program aku ialah :

" Roh yang baik akan bertemu roh yang baik di tempat yang baik "
" Kita mampu menjadi fenomena di KLCC "

Bila hati saling bertaut, dugaan datang pun kami x hairan, orang marah pun kami x gentar, orang tembaklah macam mana sekalipun, kami tidak akan gentar, tidak akan goyah, tidak akan hairan, tidak sesekali. Jika hendak lihat kami lemah, maka cubalah goyangkan hati kami, cuba longgarkan ukhwah kami, cuba pisahkan tali kami, cubalah, CUBALAH! Kalau anda benar berani, cubalah. Benar, aku sedang mencabar kamu, benar2 ini satu cabaran, dari aku, seorang muslimah biasa, kerdil dimata kamu, dimata orang sekeliling, apatah lagi disisi ALLAH, tapi jangan lupa, kamu juga kecil disisi ALLAH wahai insan! 

No comments:

Open Cbox