Untuk awak. Saya tahu awak baca tulisan saya, sebelum ni pun awak baca tulisan saya. Sebab tu awak melenting kan? Saya minta maaf. Mungkin saya tak cukup kenali awak sehingga saya tak tahu apa yang berlaku dalam hidup awak, apa yang awak dah lakukan, apa yang awak dah usahakan, dan banyak lagi. Saya minta maaf saya lontarkan kata-kata yang buat awak tersinggung. Saya bukan siapa-siapa dan tak berhak untuk kata awak macam tu. Saya tak layak untuk kata awak macam-macam sedang saya tak lalui apa yang awak lalui. Saya sedar, saya langsung tidak matang berbanding awak. Sebab awak dah lalui maca-macam berbanding saya. Pagi tadi buat saya lagi meronta-ronta nak minta maaf dari awak. Hadis Nabi ada menyebut yang jangan mengata orang samada orang itu hidup atau mati. Asif saya tak ingat dari mana sanadnya dan ayat penuhnya. Maaf maaf maaf kerana gadis ini jahil dan sedang belajar untuk tidak menjadi jahil, In sha Allah. Harap awak maafkan saya.
No comments:
Post a Comment