Thursday, February 20, 2014

Cerita Telok Anson.

Telok Anson. Sikit tapi cukup. Sikit sahaja masa disana, tapi cukup untuk buat hati aku terpikat. Ceritanya begini. Pada Sabtu lepas, aku serta kawan-kawan, Fizah, Yuni, Kayah, Mida telah menghadiri jemputan walimah oleh Opah angkat Mida(Opah yang Mida sewa rumahnya sewaktu praktikal) di Sungai Manik, Telok Anson. Sejauh ingatan aku, aku tidak pernah menghadiri walimah di belah-belah Perak(selepas aku menginjak dewasa serta boleh travel sendiri). Jadi sepanjang disana, aku serap setiap saat yang ada. Biar aku puas serta tenggelam dalam memori di Telok Anson. Selepas menghadiri majlis, kami singgah di rumah jiran Opah yang dikenali sebagai Alang Ayah dan Alang Ju yang juga mengenali Mida. Berjumpa dengan tetangga yang segenerasi dengan atok aku buat aku rindu dengan atok serta suasana kampung yang betul-batul harmoni. Hati ramah, kata-kata yang penuh wawasan dan sangat memotivasikan jiwa muda seperti aku, buat aku betul-betul jatuh hati dengan Telok Anson. Aku harap memori sehari di Telok Anson tak akan pudar dari otak aku ini.

No comments:

Open Cbox