Wednesday, March 5, 2014

Inspirasi mekanik.

Benar kata orang, lelaki itu 'sweet talker'. Benar kata orang, wanita itu 'cair macam coklat'. Sebab memang itu lumrah wanita, mudah benar cair dengan kata-kata. Teringat pesan pensyarah aku, Dr Husni, 'kalau lelaki tu nak dekat awak, dia bertindak, bukan bercakap'. Aku pula memang lebih suka akan tindakan berbanding ucapan(be realistic lah!) Sebab kalau dia kata mahu renang lautan api untuk kau, apa dia gila! Tak perlu pergi jauh-jauh, andai kau jalan kaki, selipar kau putus, mahu dia beri seliparnya untuk mu? Ha, fikir-fikir. Inikan lagi nak renang lautan api, redah hutan belukar segala bagai. NONSENSE! Tak perlu itu semua, suruh sahaja jumpa wali kamu. Itu lebih gentleman bhai! 

P/s : Hari ini kakak aku kata kasut aku lebih feminin berbanding biasa(aku biasa pakai loafer), maka aku jawab(sambil senyum nampak gigi rabbit), hari ini inspirasi mekanik.

No comments:

Open Cbox