Wednesday, August 21, 2013

Oh Shawal.

Assalamualaikum readers semua, apa khabar semua? Lama tak berjumpa rasanya. Maaflah, ambe sedikit busy dengan praktikal dan perkara-perkara berkaitan. Hari ini dah 14 Shawal dah. Dah dua minggu Shawal berlalu, sedar ke tidak kita ni? Adoi, apa khabar puasa 6 kita?(Adoi! Rasa macam terhantuk/terketuk pulak kepala ni, sendiri mau ingatlah!) Hari ni jugak ambe nak share kegembiraan yang disambut oleh ramai kawan-kawan, ahli keluarga dan rakan bau-bau bacang kerana telah berjaya membuatkan syaitan menangis bergolek-golek dengan terdirinya masjid yang serba halal dan sah oleh kamu-kamu semua. Tahniah dan barakallah :) Dan dalam pada masa yang sama jugak, Shawal tahun ini jugaklah aku sering mendapat soalan cepumas tatkala sedara mara, mak sedara, pak sedara, sepupu, mak kawan melihat kawan-kawan sekeliling aku dah mendirikan masjid. Mereka pon sibuklah menembak soalan cepumas tersebut pada aku. Dan begitu jugaklah jawapan cliche aku berikan,
"oh, kakak xtau lagilah"
"kakak? tahun depan. tahun depan. tapi bila tu tak tau lah"
"ntah, tak nampak gambar lagi"
"eh, kakak belajar pon tak habis lagi"
"aku tunggu kau langsung dulu"
"ntah lah kakak"

Wuhui insan-insan sekelian, bukan aku tak nak bagi jawapan. Aku sendiri pun tak ade jawapan untuk aku bagi dekat kamu-kamu semua. Siape tak nak kawen oit. Aku pun nk kawen lah. Tapi aku tau, it's not the time for me yet. If not, Allah has lead me and who-ever-him is to the right path. InshaAllah, sampai masa untuk aku nanti, ade lah tu nanti. Dan dalam banyak-banyak hal, aku minta kamu semua doakan aku dapat yang terbaik untuk aku. Aku tak minta dapat yang terbagus, ter-excellent, dan ter- ter- yang lain lah. Cukup dia terbaik untuk aku sekadar sekufu dengan aku.

P/s : Kalau budak kecik baca ni, mesti dye akan hujani aku dengan hujah-hujah dye. Takpe sayang, along sedia mendengar. Sayang awak, lillah!


No comments:

Open Cbox