Sunday, November 17, 2013

Assalamualaikum Novermber.

Assalamualaikum pembuka bicara, lama tak berjumpa kan? Aku jenguk last post was on 30th Sept. That was like 1 and half month ago. Kalau ikut hati, banyka sangat perkare yang jadi dan banyak jugak lah yang dikongsi. Tapi bile ikut tangan yang nak menaip ni, jadi malas. Heh! Oh, dan sebab banyak sngat cerita nak cerita, tolong abaikan segala typo yang berlaku. Aku malas nk edit balik. Nantilah ye, bila ada rezeki. Itu pun kalau. Dari bulan Oktober, aku praktikal, aku sekolah, aku mengajar, aku cuti, aku buat program dengan pelajar, aku belajar rehat, aku belajar nak marah pelajar, dan macam2 lagi. Itu perihal sekolah, perihal rumah sewa. Aku belajar erti memahami orang lain, belajar berada dalam kasut orang lain, belajar perihal melarikan diri dari masalah(dan tentulah masalah aku tak selesai pun), aku belajar jadi pentingkan diri, aku belajar bayar bil rumah serta perihal urus duit belanja rumah. Perihal sahabat, kawan baik aku accident, ICU-ed, patah kaki, patah tangan, patah macam2, kene operate, perihal dia belajar makan, minum, berjalan, pegang objek. Aku cuma pohon setinggi-tinggi serta sedalam-dalam untuk sahabat aku, shafakallah Khairul Aman. Perihal aku nak habis praktikal, budak-budak cari aku selepas aku habis praktikal. Aku pun rindu lah! Perihal sertai lawatan sekolah ke Langkawi, pakai tudung lilit2(kata oranglah), perihal jaga pelajar dalam lawatan, perihal berurusan dengan betul serta baik dengan pemandu bas. Ah, banyak cerita. Aku penat menaik. Pohon undur diri. Dari Calon Jenazah untuk Cloan Jenazah semua.

No comments:

Open Cbox