Tuesday, January 14, 2014

Kau dekat mana?

Di mana kita saat kita ungkap,

"aku rindu Rasulullah"
"aku cinta Rasulullah"
"sesungguhnya, aku ingin syafaatnya di akhirat kelak"
"sungguh, aku ingin bersua dengannya"

dan berbagai lagi kata-kata cinta(nista sebenarnya) yang kita ungkap, catat, coret, layang, suarakan pada diri kita, pada umum tentang betapa ingin kita pada Nabi Muhammad saw kekasih Allah. Tapi soal pada kita(analah tu!) balik, dimana ibadat kita yang layaknya kita jumpa dia iaitu kekasih Allah? Dimana tahajud kita pada sepertiga malam? Dimana solat sunat kita? Dimana amalan sedekah kita? Apa sudah selesai zakat kita? Berapa banyak fakir yang kita bantu? Berapa jumlah yang kita infaq untuk jalanNya? Dimana solat awal waktu kita? Dimana solat berjemaah kita? Berapa juzuk sudah aku mengaji hari ini? Berapa kali sudah aku khatam tahun ini? Nah, cuba jawab! Lantas, aku pun terpaku dengan ini semua, kerana tidak ada satu pun yang mampu aku jawab mahupun tayang pada setanding ungkapan-ungkapan cinta awal tadi. Tiada satu pun yang setanding! Nauzubullahiminzalik! Aku tidak mahu ke neraka jahannam! Aku menaip untuk diri aku sendiri serta sahabat-sahabat juga. Dimana kita saat kita ungkap semua ayat cinta kepada Nabi Muhammad saw? Ayuh baiki ibadah ini untuk saham nanti.

P/s : Coretan yang diconteng untuk ditempeleng atas muka ana sendiri. Sekian, terima-kangkung-sih.

No comments:

Open Cbox