Showing posts with label golongan. Show all posts
Showing posts with label golongan. Show all posts

Monday, July 16, 2012

another sharing for today...(3 Golongan Yang Lebih Awal Ke Neraka!!)


_copy and paste_

3 Golongan Yang Lebih Awal Ke Neraka!!

Tiga golongan yang pertama akan merasakan api neraka!!
Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah “orang alim” , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T.

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,”Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?” 
Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.” 
ALLAH SWT kembali bertanya. ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?”
 Orang tersebut menjawab, ”Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari” 
Malaikat berkata kepadanya, “engkau berdusta”. 
ALLAH SWT berfirman “engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ”Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”. 
Orang itu menjawab, ”Benar wahai tuhan”. 
ALLAH SWT kemudian bertanya, ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”, 
dia menjawab, ”Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.” 
ALLAH SWT berfirman kepadanya, “Engkau dusta”. Malaikat juga berkata begitu. 
ALLAH berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?” 
Dia menjawab, ”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.” 
Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,”Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu.” 
ALLAH SWT berfirman, ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.
 “Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda,
 ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.”
P/S>>>Niat dan keikhlasan dalam hati kita harus kuat dalam mengerjakan sesuatu perkara……. Hanya Kerana ALLAH SWT. DIA maha mengetahui setiap apa yang kita lakukan…

Friday, July 13, 2012

sharing for today...(10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR )

_copy and paste_


10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.


6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●●●







Open Cbox