Showing posts with label manis. Show all posts
Showing posts with label manis. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Buat hati yang mempunyai second thought.

Wahai saya, wahai hati, bersyukurlah kamu dengan apa rezeki yang dikurnia olehNya. Mungkin kamu punya rezeki disana, dan bukan disini. Bila lagi mau berdikari? Tepuk dahi, tanya semangat kendiri. InshaAllah, apa yang disusun Allah itulah yang terbaik untuk kamu. Dia punya perancangan lebih baik malah terbaik buat kamu. Jangan dengki, jangan iri hati. Ini waktu kamu gulung waktu tebar pengetahuan kait pengalaman. Percayalah! 
P/s : Maaf, entry ini dicatat sewaktu azan Maghrib berkumandang. Tolong jangan tiru perangai ini. Asif sahabat/biah sekelian alam yang dicintai dan dirahmati Allah.  

Monday, March 4, 2013

Aku dan sandiwara mama.

Bila mata tak berjumpa, hati mula gedik mencari, jiwa mula kosong tak bertepi, tapi bila dengar suaranya, jiwa mula diisi suka, duka, hiba, lara, cuka ganti dengan gula-gula, pelangi, roller coaster, dan popcorn caramel, lemak manis sedap.
P/s : Aku rindu mama. Hommies juga.


Tuesday, February 26, 2013

Adeii, manis!

Ibadat itu manis. Kerana ia nikmat. Dihirup, dirasa, diratap, dicubit, ditatap, dijamah icip-icip. Nah! Percaya ia terkesan dihati. Tidak banyak pasti sikit, pasti ada!Kerana ia nikamt, ia manis. Manis dari gula, manis dari tebu, manis dari madu, manis, manis, manis! Manis di kalbu. Qalbi pasti tahu. Kerana ia nikamt, nikmat di kalbu. Jangan gopoh, jangan gaduh, jangan kabut, jangan kejar ia dengan dunia. Kerana pasti mengah.
P/s : Pesanan untuk diri sendiri.
*suuuweeeettttt macam lollipop!*

Open Cbox