Saturday, June 25, 2011

jangan nikahi wanita ini...

 Dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali:

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, Mananah, Hananah, Hadaqah, Baraqah dan Syadaqah."


Wanita Ananah:

Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:

Suka membangkit-bangkitkan terhadap suami.Wanita ini sering mennyatakan “aku membuat itu keranamu”


Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah:

Ada 2 makna.......
Pertama: Sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
Kedua: Dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.


Wanita Syadaqah:

Banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Moga-moga dengan perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran kepada para muslimah untuk terus memperbaiki diri untuk menjadi wanita yang solehah dan menjadikan tiap lelaki merasa beruntung memiliki isteri yang punyai akhlak yang menyejukkan mata serta menenangkan jiwa.. 

p/s : sesungguhnya, artikel ini saya ambil dari facebook kawan saya.....saya hanya menyebarkan.......harap diterima..... 8)

No comments:

Open Cbox