antara waktunya ialah :
-apabila Memberi salam kepada orang yang sedang buang air. Dalam hal ini, dimakruhkan memberi salam. Sekiranya orang seperti ini diberi salam, tidak wajib ke atasnya menjawab salam tersebut.
-apabila Memberi salam kepada Orang yang sedang tidur atau mengantuk.
- apabila Mengucapkan salam kepada orang yang sedang azan, iqamat dan sembahyang.
- apabila Memberi salam kepada Orang yang makan sedang makanan berada dalam mulutnya. Sekiranya dia diberi salam ketika itu, maka tidak wajib ke atasnya menjawab salam itu. Akan tetapi jika dia makan tetapi tidak ada makanan dalam mulutnya, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.
- apabila Memberi salam Ketika sedang khutbah Jumaat. Imam an-Nawawi berpendapat, makruh memberi salam kepada jemaah yang hadir, kerana mereka disuruh untuk berdiam diri mendengarkan khutbah.
-apabila Memberi salam kepada Orang yang sedang membaca al-Quran, menurut pendapat Imam Abu al-Hasan al-Wahidi, adalah lebih afdal tidak memberi salam kepadanya. Jika dia diberi salam, cukup baginya menjawab dengan isyarat. Akan tetapi jika dijawabnya dengan lisan, sambungan bacaan al-Qurannya dimulai lagi dengan Isti‘adzah.
-apabila Memberi salam kepada orang yang membaca talbiah ketika berihram, kerana memutuskan talbiah itu adalah makruh. Tetapi jika dia diberi salam, maka dijawabnya salam itu dengan lisan (bukan dengan isyarat).
- apabila Memberi salam dengan mengatakan alaikassalam. Ini kerana mengikut riwayat ungkapan itu biasa ucapkan kepada jenazah.
- apabila memberi salam dengan isyarat.
- apabila Menentukan salam kepada seseorang atau kumpulan tertentu. Kita ditegah menentukan salam kepada seseorang yang tertentu, kerana salam bertujuan kemesraan, damai dan persaudaraan. Jika menentukan salam, ia akan menimbulkan buruk sangka serta perasaan iri hati yang membawa kepada permusuhan.
No comments:
Post a Comment