Monday, May 13, 2013

Ahh, aku stress!

Sungguh Islam itu agama syumul. Pabila kau berat, maka Dia ringankan bebanmu. Kerna Dia lebih tahu. Dan Dia sediakan untukmu metod untuk kamu ringankan beban dengan petunjuk yang terang jelas tanpa perlu suluhan. Melainkan kamu perlukan suluhan, maka suluhlah, ia tak salah. Telah Dia beri kamu pertolongan dan tempat bergantung. Maka bergantunglah padaNya sahaja. Aku mohon. Aku mohon bergantung harap padaMu sahaja Ya Allah. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu(Muhammad)?,
2. dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, 
3. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu, 
4. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, 
5. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, 
6. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
7. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. 

Asy-Syarh;1-7 

Hari ini aku punya pembentangan proposal tesis, dan esok bakal membentang juga. Maka semua neuron aku bagai sebati dengan ganglia dan CNS dalam memberikan aku seribu satu perasaan berdebar, takut, nak muntah, nak lari. Semua bagai menggila dalam otak, hati, badan, kaki, tangan, lidah, mata,  jua bulu mata. Noradrenalin dalam badan ini bagai terbuak-buak termuntah-muntah terjuak-juak tanpa aku minta. Wahai Allah, aku serahkan segala usaha aku pada Mu. Kau mudahkanlah urusanku, janganlah Kau sulitkan. Sesungguhnya, Kau lebih mengetahui apa yang tersirat Ya Allah. Aamiin. 

No comments:

Open Cbox