P/S : Perlu fikir dengan benar-benar fikir, apa kau pendokong? Apa kau penyokong? Apakah dia?
This blog is a usual blog written by usual girl who live a usual life in a usual way. Don't expect anything unusual in this blog. Jzkk.
Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts
Wednesday, July 24, 2013
Jika aku buat.
Jika aku buat, bukan bermakna aku gatal. Tapi aku tahu apa yang aku mahu. Dan jika aku buat, aku yakin, Allah bersama aku dalam setiap langkah aku. Dan jika aku buat, bererti aku jelas dengan apa yang aku mahu. Tapi sebelum aku buat, perlu fikir, perlu nilai, peru taksir, perlu dikirai, dirintis, ditapis. Apakah ia benar untuk aku? Apakah ia betul untuk aku? Apakah ia baik untuk aku? Dan yang paling utama, apakah ia baik untuk Islam? Apakah ia bawa kemenangan buat Islam? Jika YA, maka langkah boleh aku derap ke hadapan lagi.
Monday, May 13, 2013
Ahh, aku stress!
Sungguh Islam itu agama syumul. Pabila kau berat, maka Dia ringankan bebanmu. Kerna Dia lebih tahu. Dan Dia sediakan untukmu metod untuk kamu ringankan beban dengan petunjuk yang terang jelas tanpa perlu suluhan. Melainkan kamu perlukan suluhan, maka suluhlah, ia tak salah. Telah Dia beri kamu pertolongan dan tempat bergantung. Maka bergantunglah padaNya sahaja. Aku mohon. Aku mohon bergantung harap padaMu sahaja Ya Allah.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu(Muhammad)?,
2. dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,
3. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu,
4. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
5. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
6. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
7. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.
Asy-Syarh;1-7
Hari ini aku punya pembentangan proposal tesis, dan esok bakal membentang juga. Maka semua neuron aku bagai sebati dengan ganglia dan CNS dalam memberikan aku seribu satu perasaan berdebar, takut, nak muntah, nak lari. Semua bagai menggila dalam otak, hati, badan, kaki, tangan, lidah, mata, jua bulu mata. Noradrenalin dalam badan ini bagai terbuak-buak termuntah-muntah terjuak-juak tanpa aku minta. Wahai Allah, aku serahkan segala usaha aku pada Mu. Kau mudahkanlah urusanku, janganlah Kau sulitkan. Sesungguhnya, Kau lebih mengetahui apa yang tersirat Ya Allah. Aamiin.
Saturday, May 11, 2013
Nak ke tak nak?
Allah gives you what you need, not what you want. Believe in His work, you'll find it worth it.
Monday, March 4, 2013
Wudhu' ada kuasa.
Aku percaya wudhu' ada kuasa. Kau percaya tak? Aku percaya. Dan aku percaya kuasa wudhu' boleh buat muka cantik, tak payah pakai produk facial segala bagai. Aku percaya kuasa wudhu' boleh buat mata cerah, boleh buat resdung hilang, boleh buat otak cerdas, boleh buat pendengaran tajam, boleh buat jiwa segar, badan segar, boleh buat kaki sihat, malah boleh buat kau tampak senang dimata orang lain. Asal kau wudhu' yang benar, yang sempurna, tidak curang, pasti muka kau cantik, malah lebih dari cantik. Bagi aku, kuasa wudhu' boleh buat kau berseri, boleh buat kau disenangi oleh orang sekeliling. Makanya, wudhui itu biar sempurna, biar tidak curang, biar senang dihati, biar cukup disyarat, dan yang penting, biar sempurna dimata Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Open Cbox
