P/S : Perlu fikir dengan benar-benar fikir, apa kau pendokong? Apa kau penyokong? Apakah dia?
This blog is a usual blog written by usual girl who live a usual life in a usual way. Don't expect anything unusual in this blog. Jzkk.
Showing posts with label benar. Show all posts
Showing posts with label benar. Show all posts
Wednesday, July 24, 2013
Jika aku buat.
Jika aku buat, bukan bermakna aku gatal. Tapi aku tahu apa yang aku mahu. Dan jika aku buat, aku yakin, Allah bersama aku dalam setiap langkah aku. Dan jika aku buat, bererti aku jelas dengan apa yang aku mahu. Tapi sebelum aku buat, perlu fikir, perlu nilai, peru taksir, perlu dikirai, dirintis, ditapis. Apakah ia benar untuk aku? Apakah ia betul untuk aku? Apakah ia baik untuk aku? Dan yang paling utama, apakah ia baik untuk Islam? Apakah ia bawa kemenangan buat Islam? Jika YA, maka langkah boleh aku derap ke hadapan lagi.
Wednesday, May 8, 2013
Subhanallah, rezeki dari langit untukku.
Aku anak untuk ibu abah aku. Aku anak manja ibu abah aku. Walau aku kakak, tapi aku adik kerana aku hanya punya satu racun dan penawar dirumah, adik aku yang juga kakak aku. Aku ajar diri aku rutinkan diri sms mereka pada tiap pagi sebelum kau sms org lain. Aku lazimi, dan Alhmdulillah. Aku boleh. Pagi ini, rutin aku teruskan.
"Assalamualaikum dan salam pg cnta :) smga semue dlm barkah Allah :D br blk sini, ptg smlm dh rndu rumah :( syg semue sgt3!"
Dan aku send kepada semue cinta. Terima satu sms dari abah heroku.
"YA ALLAH YA AZIM YA KHALIK YA MALIK YA ROHMAN YA ROHIM,,..,,,,,,teima kasih n syukur hantar kluarga harmoni lg bahagia , kekal kn kami dlm Redho Mu abadan,,,,,,,,,,,"
Dan aku hias pagi aku dengan tangis rindu dalam coretan buat pembaca sekalian. Doakan kami kekal hingga JannahMu Ya ALLAH. Aku sedar mereka hanya pinjaman, maka eratkanlah kami dalam pinjaman kasih sayangMu Ya ALLAH. Aamiin.
Aku tidak tahu dimana tahap manjaku, tapi pagi aku masih dihias suara ibu mengejut bangun Subuh. Dan ubat aku masih disua dikatil saat aku celik mata dengan ibu dihadapan menunggu aku habiskan setiap sisa ubat aku. Dan aku baru teringat, aku masih belum makan ubat pagi ini. *bricked*
Thursday, May 2, 2013
Apakah ia dosa.
Kerana dosa kelmarin masih terpalit dimuka yang hina dina comot pomot ini. Kau jadi bahan dikata, mengata, terkata. Tapi kau tak berkata. Kerana kau tahu, itu memang dosa kau. .Kau yang buat dosa, maka kau tanggung. *Salam pagi Khamis. Jom puasa sunat*
Wednesday, March 20, 2013
Yang sebenar.
Ia bukan po, tapi ia je. Andai kau faham, maka kau faham. Jika tidak, aku minta kau fikir dan cuba faham. Cuba selami apa yang benar, apa yang tidak. Jika kau jumpa apa yang benar, maka kau hebat, kau tahu apa yang manis dibalik kebenaran. Aku harap kau jumpa. Selamat berjumpa kebenaran wahai pencari benar! Aku tidak memihak mana-mana, aku cuma pohon kau fikir wahai pemikir, aku cuma kau nilai wahai penilai, aku pohon kau cari wahai pencari, aku pohon.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Open Cbox
