Wednesday, May 8, 2013

Subhanallah, rezeki dari langit untukku.

Aku anak untuk ibu abah aku. Aku anak manja ibu abah aku. Walau aku kakak, tapi aku adik kerana aku hanya punya satu racun dan penawar dirumah, adik aku yang juga kakak aku. Aku ajar diri aku rutinkan diri sms mereka pada tiap pagi sebelum kau sms org lain. Aku lazimi, dan Alhmdulillah. Aku boleh. Pagi ini, rutin aku teruskan. 
"Assalamualaikum dan salam pg cnta :) smga semue dlm barkah Allah :D br blk sini, ptg smlm dh rndu rumah :( syg semue sgt3!" 
Dan aku send kepada semue cinta. Terima satu sms dari abah heroku.
"YA ALLAH YA AZIM YA KHALIK YA MALIK YA ROHMAN YA ROHIM,,..,,,,,,teima kasih n syukur hantar kluarga harmoni lg bahagia , kekal kn kami dlm Redho Mu abadan,,,,,,,,,,,"
Dan aku hias  pagi aku dengan tangis rindu dalam coretan buat pembaca sekalian. Doakan kami kekal hingga JannahMu Ya ALLAH. Aku sedar mereka hanya pinjaman, maka eratkanlah kami dalam pinjaman kasih sayangMu Ya ALLAH. Aamiin. 

Aku tidak tahu dimana tahap manjaku, tapi pagi aku masih dihias suara ibu mengejut bangun Subuh. Dan ubat aku masih disua dikatil saat aku celik mata dengan ibu dihadapan menunggu aku habiskan setiap sisa ubat aku. Dan aku baru teringat, aku masih belum makan ubat pagi ini. *bricked*

No comments:

Open Cbox