Sunday, December 1, 2013

Apa nak jadi dengan UPSI?

Assalamualaikum readers :)
Salam cinta Islam dan salam muhasabah apa dah kita buat untuk Islam? (sekadar selingan selepas Maghrib)
Umum pembaca tahu bahawasanya ana merupakan mahasiswi di sebuah institusi di dalam negara yang melahirkan bakal pendidik bakal guru bakal pencorak masa hadapan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sengaja ana bold dan highlightkan perkataan pendidikan kerana ia memamng merupakan jati diri institusi itu sendiri. Walaubagaimanapun, akhir-akhir initimbul isu/ura-ura/khabar angin bahawasanya institusi tersebut tidak lagi melahirkan bakal pendidik (dan sewaktunya dengannya). Ana memetik kata-kata dari sebuah laman atas talian, upsi tak berapa nak kini

Menurut mantan Dekan Fakulti Seni Muzik, Dr Ahmad Suhaimi, " kalau fungsi dan peranan (UPSI) mula dipinggirkan, bermakna wilayah jati dirinya sebagai " Sultan Idris Education University mula dipertikai dan dicerobohi."

Katanya, " yang ada pada kita (UPSI) ialah nama sahaja iaitu "the education university atau 'the royal university," yang melahirkan bakal pendidik di seluruh negara sejak zaman SITC, MPSI dan IPSI".


Dengan nada kritis, beliau turut menyatakan "Nak lawan universiti Malaya kita jauh tertinggal..nak lawan 3 lagi universiti penyelidikan juga kita jauh tertinggal, nak kejar mereka, mereka jauh terkehadapan, nak hebat dalam bidang sains USM dah ada, nak hebat dalam bidang kebahasaan, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu UKM dah ada, nak hebat dalam bidang pengurusan UUM dah ada"

" Nak hebat dalam bidang teknik dan vokasional UPM dah ada, nak hebat dalam bidang Seni dan Muzik UiTM dah ada."

Beliau menyatakan keistimewaan universiti pendidikan wajar dipertahankan "yang ada pada kita ialah nama sahaja iaitu "the education university@the royal university" yang melahirkan bakal pendidik di seluruh negara sejak zaman SITC, MPSI dan IPSI "    

Petikan inimerupakan kata-kata mantan Dekan Fakulti Seni Muzik dan Persembahan. Ana sendiri pun musykil dengan perkara ini. Oleh itu, marilah sama-sama dengan ana berdoa semoga universiti kesayangan ana ini kekal utuh dalam perjuangan akademia serta perjuangan menuju akhirah. Ana pohon ya wahai readers. 

P/s : Tulisan dari ana yang buta ilmu serta tidak celik IT malahan dangkal pemikiran. Sekian. Pohon jangan hukum ana kerana tulisan yang ana ungkap dari titik hitam hati seorang mahasiswi yang sayang akan universitinya. 

No comments:

Open Cbox