Wednesday, January 8, 2014

Kita tak miskin.

Pernah tak rasa suatu masa kau sangat-sangat perlukan duit, tiada duit lagi nak dikorek sana sini, nak di'cocok' dibank, nak dipinjam dari kawan-kawan dan macam-macam lagi lah. Pernah tak kau rasa macam tu? Mesti kau rasa sesak sangat kan. Sebab aku pernah rasa, dan aku sedang rasa. Maka sekali lagi, Allah campakkan hidayah untuk aku(terima kasih ya Allah!). Kadang-kadang kau bukan miskin sebenarnya, tapi kau leka, kau telah 'memiskinkan' hubungan kau dengan Allah. Kau jauh, kau leka dari Dia. Sebab itu kau miskin. Saat aku dhuha, Allah tunjuk bahawa bagaimana hubungan aku denganNya sekarang. Ya, aku sangat jauh. Sebab Dia bagi aku peringatan, sbb itu kau miskin. Dan saat kau datang padaNya berjalan, Dia datang padamu berlari. Betul! Aku tak tipu, saat aku baru teringat bahawa aku hanya tinggal beberapa angka dalam simpanan, saat itu, Dia tunjuk nikmat buatku. Alhamdulillah. Aku dapat sms dari ibu bahawa, duit belanja bulanan telah aku terima. Nah, kau nampak itu, Maha Rahman Maha Rahim nya ya Allah. Makanya, kita bukan miskin, tapi cuba nilai, cuba congak apa miskin atau kaya amalan kita padaNya.

No comments:

Open Cbox