Wednesday, January 8, 2014

Serdadu kumbang.

Siapa tahu makna ini? Aku tidak tahu, maka aku tanya. Yang aku tahu, ia judul suatu filem Indonesia terbitan Alenia Pictures arahan Ari Sihasale pada tahun 2011. Dan yang aku pasti, filem ini cukup untuk buat aku tersentak hati tergerak minda terbuka jiwa terkupas otak menggelupur dengan kesemua realiti hidup rakyat marhaen aturan caturan hasil judian bapak menteri amnya dan dalam bidang pendidikan khususnya. Aku cukup terbangun! Aduh, tapi hanya jiwa, kudrat empat kerat tidak mampu berbuat apa. Kerana apa? Kerana aku juga rakyat marhaen. (Ah, sudah! Sampai bila nak guna alasan rakyat marhaen? Rakyat picisan! Sedar diri kecil jangan gebang sembang besar langit hoi!) Banyak momen dalam cerita ini yang buat aku tersentuh dan terbuka minda. Salah satunya, babak anak siswi yang meninggal dunia dikala dia tahu bahawa dirinya tak lulus ujian nasional. Alasan bapa guru, kerana ini aturan nasional, disuruh sabar. Nah, mahu gimana lagi Malaysia kita? Mahu ikut biar semua anak siswa siswi Malaysia mati  baru rangka pendidikan di corak semula. Aduh, mungkin lambat bila detik itu tiba. Tambah lagi, babak bapak guru datang ke rumah Papi kerana mengadu hal cucu Papi yang nakal disekolah, maka, Papi sebar sebaris jawapan untuk bapak guru "Kalau cucu saya itu kurang ajar, saya minta maaf, itu mungkin kerana keturunannya memang kurang ajar. Tapi mungkin juga kerana guru yang mengajarnya mengajarkan kurang ajar". Nah, apa kau tak terasa? Aku cukup terasa! Makanya, jadi guru biar benar didiknya. Terkadang, guru itu sudah benar, tapi terpaksa mengikut aturan yang tidak benar, maka harus gimana? Kalau dikarang lagi, aku pasti caci maki hamun samun bahasa aku bakal keluar, sopan santun lidah aku mungkin liat mengaktif, maka aku sudah dahulu contengan mengarut ini. Assalamualaikum cinta!

P/s : Sedang menikmati 'Pesan Dari Samudra'. 

No comments:

Open Cbox