Thursday, September 25, 2014

Lama tak berjumpa.

Assalamualaikum, ini dah lama tak jumpa. Baru jumpa setelah sekian lama. Sikit dahulu lah, buat teaser.

Thursday, May 22, 2014

I hate you.

Perihal telefon saya. Saya tak tahu kenapa dan bagaimana, semenjak dua menjak ni, saya tak suka dan saya takut untuk angkat telefon bila ada mesej masuk atau bila ada call masuk. Saya pun tak tahu kenapa. Kadang-kadang rasa menyampah bila ada call masuk. Saya berharap agar penyakit saya ni sembuh. Doakan saya. Sekian.

Sunday, May 18, 2014

Kisah hati.

Opss! Ini bukan lagu alyah. Ini cerita saya. Haha. Kisah benar lagi betul yang hak semata-mata. Saja nak kongsi sebenarnya. Sila buka ini.

*Maaf, 'rajin' nak menulis.

Bai, dan selamat hari guru!

Monday, April 21, 2014

Current status.

Semua nak update status. Saya pun nak lah. Sekarang saya di minggu ke-9, semester akhir, tahun empat. Believe it or not, I'm a final year student! Only HE knows how do I feel deep inside. Currently is finishing(more to pushing myself to) my thesis writing, my action research writing, and my lab report. Coming up in this Wednesday is a quiz for my minor, Issue in Biology and Environment and Principle in Biochemistry. I do feel concentrated. But the thing is, I yang cari fasal, tak buat dari awal. Padan muka I! Cerita dia, I buat awal-awal cuma, I buat sikit-sikit, so, it's not complete. So, memang terbukti I'm guilty here as it is. And I admit that! Hoho. Just that, know I'm trying my very best to beat the sleeping-beast out of me so that I can focus on my writing. 
P/s : I really hope that I have that superpower like Elsa in Frozen. I wish that it would be a super-terer writing power instead of ice-frozen power. Let it go! Let it go! *Zass! Sambil pegang keyboard and terus siap writing 20 pages! Yippie!

Monday, April 14, 2014

Cerita hari ini.

Bila ada masa, kita buat kerja. Sebab bila masa sudah cukup, kerja tidak kemana, sebaliknya, ia siap.

Alangkah bodoh.

"Wahai org2 yg beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu.."
(al-Hujurat, 6)

Cerita akhir zaman.

Dalam sebuah hadis marfu’ daripada Abi Hurairah r.a ada dicatatkan;
لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْهَرْجُ، الْقَتْلُ، لاَ تُقَاتِلُوْنَ الْمُشْرِكِيْنَ وَلَكِنْ يُقَاتِلُ بَعْضَكُمْ بَعْضًا، فَتَعَجَّبُ الصَّحَابَةَ رِضْوَانَ اللهَ عَلَيْهِمْ قَالُواْ، يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَوَلَيْسَ لِهؤُلاَءِ عُقُوْلٍ؟ قَالَ، لَتُنْزَعَنَّ عُقُوْلَ أَهْلِ ذَلِكَ الزَّمَانِ
“Tidak berlaku Kiamat sehinggalah banyak berlaku rusuhan, pembantaian (pembunuhan yang melibatkan kaum Muslimin) di mana mereka tidak memerangi kaum musyrikin akan tetapi memerangi sesama sendiri (berlaku pembunuhan di mana pembunuh sewenang-wenangnya membunuh, dan yang terbunuh tidak tahu atas dasar apa dia dibunuh).” , Para sahabat kehairanan lalu bertanya, “Wahai Rasulallah, apakah mereka hilang akal?” Jawab baginda s.a.w, “Telah tercabut akal-akal warga penduduk di zaman itu.”

Tuesday, April 1, 2014

Apa cerita?

Apa kau rasa bila harta yang kau jaga selama 4 bulan, hari-hari tatap, hari-hari bagi makan, hari-hari pergi jenguk, 2 hari sekali tukar tempat tidur, hari-hari pegang dia, usap dia, belai dia, cakap dengan dia. Sampai masa, kau kene bagi dekat orang lain. Itu satu cerita. Bila dah bagi, kau dapat tau, seminggu tak diberi makan, tahu-tahu bila pergi tengok, dia makan kawan dia. Apa kau rasa? Apa kau rasa? Tergamak ke kau? Aku jujur, aku memang tak puas hati. Dengan kene bagi macam itu sahaja, kalau aku tahu macam ini kau nak layan dia, baik aku matikan dia awal-awal, taklah dia siksa macam ini.

Sunday, March 16, 2014

Hati I retak u!

Bila minda jadi raja, bila akal jadi nakhoda, bila amarah(mungkin) jadi kapitan, bila bijak jadi pengarahnya, hati rapuh yang banyak jadi retak menanti belah, senyum sahabat bisa jadi senyum seteru, sinis seteru jadi makin lebar.

Pagi Ahad ini.

Bangun pagi, survive, and back to bed. I guess that's the things I need to do today. And Allah the Almighty be with me all the time. Namun, antara yang paling best dalam hari ini, sarapan mangga manis. Sedap, Alhamdulillah. (Senyum sampai dahi!)

Berjemaah.

Dulu saya seorang sahaja, buat seorang sahaja. Ada ke orang yang sama macam aku? Masa itu aku belum berjemaah. Sekarang, bila berjemaah, banyak boleh organise event. 

Mood : Tengah tengok Assalamualaikum, chapter seorang Malaysian yang suka kumpul barang-barang Star Wars. (Senyum kembang sayap!)

Saturday, March 15, 2014

Rumah masam rumah.

When home doesn't feel home. And friend doesn't feel friend. In the end, you know whom to turn to. Because you only turn when you are in the end only.

Thursday, March 13, 2014

Cerita hari ini.

Cerita hari ini, cerita baru di pagi Khamis barakah. Pagi-pagi datang kelas, lambat 23 minit(memang teruk!). Semua kawan-kawan dah sampai, tapi, Dr Shak tak ada(ouh, selamat~ Mood : Heaven feeling). Duduk tempat aku, buka laptop, tarik fail, keluarkan nota, ready nak present. Tunggu Dr datang, tak datang-datang. Kawan-kawan Whatsapp Dr, Dr tak balas, Faiz(student Master under Dr Shak), rupa-rupa Dr lupa Dr ada kelas dengan kami pagi ini. Supposedly, kami present dalam group kami, tapi kami ambil keputusan, ambil wakil setiap kumpulan, dan bentang dekat depan. It should be a no problem at all, because we have just finished our Teaching Practice few months back, so, we still have the groove. And, here we go, presenting our Glucose Metabolism. Have fun dear reader!

P/s : Dah lama tak update blog letak gambar. Rasa macam newbie sangat!

Wednesday, March 5, 2014

Inspirasi mekanik.

Benar kata orang, lelaki itu 'sweet talker'. Benar kata orang, wanita itu 'cair macam coklat'. Sebab memang itu lumrah wanita, mudah benar cair dengan kata-kata. Teringat pesan pensyarah aku, Dr Husni, 'kalau lelaki tu nak dekat awak, dia bertindak, bukan bercakap'. Aku pula memang lebih suka akan tindakan berbanding ucapan(be realistic lah!) Sebab kalau dia kata mahu renang lautan api untuk kau, apa dia gila! Tak perlu pergi jauh-jauh, andai kau jalan kaki, selipar kau putus, mahu dia beri seliparnya untuk mu? Ha, fikir-fikir. Inikan lagi nak renang lautan api, redah hutan belukar segala bagai. NONSENSE! Tak perlu itu semua, suruh sahaja jumpa wali kamu. Itu lebih gentleman bhai! 

P/s : Hari ini kakak aku kata kasut aku lebih feminin berbanding biasa(aku biasa pakai loafer), maka aku jawab(sambil senyum nampak gigi rabbit), hari ini inspirasi mekanik.

Inferior.

Teringat saat terma inferior di suap kepada aku oleh si kecil-matang itu. Berdas-das hujah inferior diberikan kepada aku bila aku lontarkan pendapat dan perasaan aku mengenai inferior ini. Dan saat ini juga, inferior itu menjadi pendinding aku dalam menjaga hati ini. Kerana aku inferior, maka aku jadi sedar di mana langit yang aku junjung, di mana bumi yang aku pijak.

Forever alone kah?

Aku di ramai, tapi aku seorang. Sebab mungkin jiwa kau bukan ada disana jua. Maka carilah jiwamu. Carilah di tempat yang benar. Sebab Allah sentiasa ada untuk kamu.

P/s : Senyum syukur seorang diri. Sengih syukur.

Tuesday, February 25, 2014

Nama aku ialah

Dan nama aku ialah Ain Nabila binti Abd. Malek. Dan panggil aku hanya dengan Ain atau Nabila atau jangan panggil aku. Tidak ada Ila atau Nab dalam senarai panggilan itu. Sekian.

P/s : Kerana Ain dan Nabila punya makna. Aku jua ingin kamu beroleh pahala wahai si pemanggil.

Anak abah.

I've come to sense. And I realize that I'm becoming more like abah. Of hearing such awful rumors, stories, incident, I'm wasn't able to get my nap neuron working. It's like, its stop working of all sudden and I was completely fine with it. I wonder why and what happen to me. Maybe because I'm the first in the family, it made care for the family become the most prior.

P/s : Entry mengarut di pagi hari. Sekian.

Thursday, February 20, 2014

Cerita Telok Anson.

Telok Anson. Sikit tapi cukup. Sikit sahaja masa disana, tapi cukup untuk buat hati aku terpikat. Ceritanya begini. Pada Sabtu lepas, aku serta kawan-kawan, Fizah, Yuni, Kayah, Mida telah menghadiri jemputan walimah oleh Opah angkat Mida(Opah yang Mida sewa rumahnya sewaktu praktikal) di Sungai Manik, Telok Anson. Sejauh ingatan aku, aku tidak pernah menghadiri walimah di belah-belah Perak(selepas aku menginjak dewasa serta boleh travel sendiri). Jadi sepanjang disana, aku serap setiap saat yang ada. Biar aku puas serta tenggelam dalam memori di Telok Anson. Selepas menghadiri majlis, kami singgah di rumah jiran Opah yang dikenali sebagai Alang Ayah dan Alang Ju yang juga mengenali Mida. Berjumpa dengan tetangga yang segenerasi dengan atok aku buat aku rindu dengan atok serta suasana kampung yang betul-batul harmoni. Hati ramah, kata-kata yang penuh wawasan dan sangat memotivasikan jiwa muda seperti aku, buat aku betul-betul jatuh hati dengan Telok Anson. Aku harap memori sehari di Telok Anson tak akan pudar dari otak aku ini.

Sedar dirilah.

Bila kita tahu dimana kite berada dan kite sedar akan siapa kita serta apa status kita, maka kita akan mula bertindak, berfikir, dan menjadi seperti yang sepatutnya. Tapi bila kau bertindak bukan seperti itu, ia mendatangkan tidak senang dalam hati aku. Kerana aku juga penumpang. Maka aku sedar diri. Dan aku cuba sedaya upaya bertindak seperti apa yang sepatutnya.

P/s : Jangan sampai aku pengaruhi aku. Kerana ini ialah masa dan duit. Dan masa itu duit. Itu fakta.
Open Cbox