Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Apa cerita?

Apa kau rasa bila harta yang kau jaga selama 4 bulan, hari-hari tatap, hari-hari bagi makan, hari-hari pergi jenguk, 2 hari sekali tukar tempat tidur, hari-hari pegang dia, usap dia, belai dia, cakap dengan dia. Sampai masa, kau kene bagi dekat orang lain. Itu satu cerita. Bila dah bagi, kau dapat tau, seminggu tak diberi makan, tahu-tahu bila pergi tengok, dia makan kawan dia. Apa kau rasa? Apa kau rasa? Tergamak ke kau? Aku jujur, aku memang tak puas hati. Dengan kene bagi macam itu sahaja, kalau aku tahu macam ini kau nak layan dia, baik aku matikan dia awal-awal, taklah dia siksa macam ini.

Thursday, February 20, 2014

Cerita Telok Anson.

Telok Anson. Sikit tapi cukup. Sikit sahaja masa disana, tapi cukup untuk buat hati aku terpikat. Ceritanya begini. Pada Sabtu lepas, aku serta kawan-kawan, Fizah, Yuni, Kayah, Mida telah menghadiri jemputan walimah oleh Opah angkat Mida(Opah yang Mida sewa rumahnya sewaktu praktikal) di Sungai Manik, Telok Anson. Sejauh ingatan aku, aku tidak pernah menghadiri walimah di belah-belah Perak(selepas aku menginjak dewasa serta boleh travel sendiri). Jadi sepanjang disana, aku serap setiap saat yang ada. Biar aku puas serta tenggelam dalam memori di Telok Anson. Selepas menghadiri majlis, kami singgah di rumah jiran Opah yang dikenali sebagai Alang Ayah dan Alang Ju yang juga mengenali Mida. Berjumpa dengan tetangga yang segenerasi dengan atok aku buat aku rindu dengan atok serta suasana kampung yang betul-batul harmoni. Hati ramah, kata-kata yang penuh wawasan dan sangat memotivasikan jiwa muda seperti aku, buat aku betul-betul jatuh hati dengan Telok Anson. Aku harap memori sehari di Telok Anson tak akan pudar dari otak aku ini.

Saturday, February 1, 2014

Cerita ini malam.

Smirk. That's the first thing that appear on my face and mind when I meet that. Okay, so for how long do you want to play this game? I get it then, but I guess, let's just bear with this, until I make my move okay. The fact that I become your friend is also a question that keep lingering in this shitty head. I wonder why? Because, eventually, in the end, it's not going anywhere and I'm stuck there too. 

P/s : A random note to myself though.

Friday, January 24, 2014

Alahai cinta.

Ini bukan cerita dongeng atau pun kisah hasil tulisan Tan Sri P. Ramlee, tapi ini kisah benar.
Bila cinta(katanya) terlerai dek dua darjat(katanya). Sedang bicara aku bukan berkisar darjat itu, tapi bicara ini tentang darjat tarbiah kita. Aku dan kau tak punya tarbiah yang sama, apatah lagi mahu sekufu. Aku tak tahu mengenai kamu tapi aku punya misi dan perjuangan yang harus aku galas. Cukup dengan segala peluang dan ruang aku yang telah terlepas, aku sekarang tegar pentingkan diri sendiri untuk kebaikan aku. Dan untuk si penyampai berita, terima kasih tak terhingga kerana membantu. Aku lelah jadi lalang dibuai arahan sogokan hasutan nasihat. Aku lelah bersedih untuk sesuatu yang tak pasti.

Sunday, December 15, 2013

Dah jumpa.


"Dalam satu UPSI besar-besar ni dia suruh cari Ain Nabila. Mcm mana nak jumpa?"

Ayat yang keluar dari mulut seorang kenalan baru, Kak Zu saat berkenalan dan bersoal jawab dengannya. Kak Zu sangat gembira dan kelihatan tidak sabar untuk menyampaikan berita perkenalan ini kepada sepupunya, Abang Din katanya. Setelah sesi soal jawab berakhir, baru ku tahu kisah sebenar. Abang Din atau lebih aku kenali sebagai Ustaz Din tersebut ialah sepupunya yang juga rakan sejawat ibuku disekolahnya. Ustaz Din merupakan seorang ustaz bujang disekolah ibuku dan kerana statusnya itu, guru-guru lain(rakan sejawat ibu yang lain) sering mengkenenkan aku serta ustaz tersebut. Ku sangka habis  disitu sahaja, rupanya berlarutan. Tidak aku pasti ke tahap yang mana. Asif, segala gurauan tersebut dikira serious, sedang aku sendiri tidak pernah mengetahui cerita ini jika tidak ibu ceritakan kepada aku. Maaf. 
Open Cbox