Sunday, December 15, 2013

Dah jumpa.


"Dalam satu UPSI besar-besar ni dia suruh cari Ain Nabila. Mcm mana nak jumpa?"

Ayat yang keluar dari mulut seorang kenalan baru, Kak Zu saat berkenalan dan bersoal jawab dengannya. Kak Zu sangat gembira dan kelihatan tidak sabar untuk menyampaikan berita perkenalan ini kepada sepupunya, Abang Din katanya. Setelah sesi soal jawab berakhir, baru ku tahu kisah sebenar. Abang Din atau lebih aku kenali sebagai Ustaz Din tersebut ialah sepupunya yang juga rakan sejawat ibuku disekolahnya. Ustaz Din merupakan seorang ustaz bujang disekolah ibuku dan kerana statusnya itu, guru-guru lain(rakan sejawat ibu yang lain) sering mengkenenkan aku serta ustaz tersebut. Ku sangka habis  disitu sahaja, rupanya berlarutan. Tidak aku pasti ke tahap yang mana. Asif, segala gurauan tersebut dikira serious, sedang aku sendiri tidak pernah mengetahui cerita ini jika tidak ibu ceritakan kepada aku. Maaf. 

No comments:

Open Cbox