Saturday, August 24, 2013

Pahala percuma.

Assalamualaikum readers, siape nak dapat pahala percuma? (Oh, siape tak nak kan. Semua orang nak. Aku pon nak)   Rasa-rasa readers semualah kan, apakah cara paling mudah untuk dapat pahala percuma? 
Dan bagi aku, cara paling mudah untuk dapat pahala ialah dengan melihat Kaabah serta melihat wajah ihu bapa kamu. Lihatlah dengan seikhlas hati dan setelus hati. Maka barulah kamu dapat rasakan apa yang benar-benar disampaikan. Kerana itu, aku rindu untuk berbuat pahala percuma. 

P/s : Aku rindu menatap wajah ibuku. Aku rindu padanya. Aku rindu peluknya. Aku rindu harumnya. 

Sewaktu menulis ini, aku teringat akan seorang juniorku. Seorang anak lelaki berasal dari kampung, punya adik beradik yang rata-rata perempuan, seorang anak lelaki yang tidak kenal takut, dia tahu apa yang dipegangnya dan teguh pada pegangannya. Dan yang paling utama, dia sudah tidak punya ibu. Dan yang paling meruntun hati seorang kakak seperti aku sewaktu kenal dengannya, kenangan paling manis dalam hidupnya ialah...merasai pelukan ibu dan kenangan paling pahit dalam hidupnya ialah...kehilangan ibu. Betapa sewaktu aku mendengar bait-bait itu dari bibir juniorku itu, hati aku benar-benar tersentak dan terketuk dengan tamparan bahawa betapa beruntungnya aku. Kerana itulah, wahai readers(dan aku jua) peluklah, sayanglah, hargailah, taatilah ibu kita selagi mereka masih ada. 

No comments:

Open Cbox