Showing posts with label pilihan. Show all posts
Showing posts with label pilihan. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Nak yang biru ke nak yang hijau?

Sebab hidup cuma ada dua pilihan.

Ya atau tidak.
Hitam atau putih.
Lelaki atau perempuan.
Kiri atau kanan.
Depan atau belakang.
Boleh atau jangan.
Diri atau duduk.
Tinggi atau rendah.
Bujang atau kahwin.
Gemuk atau kurus.
Hijau atau biru.(Eh?)

Dan bila sampai masa, akan ada detik kau kene pilih antara dua pilihan itu. Dan saat itu, kau akan rasa mana penting, mana tidak, mana aula', mana hanya singgahan, mana taklifan, mana jemputan, mana amanah, mana pecah amanah. Dan itu juga saat kau kena fikir habis baik, pulun mati-mati tentang keputusan itu. Dan saat itu, paling baik kau pohon pada Allah sebab Dialah juga yang beri kau semua pilihan itu.

Thursday, April 4, 2013

Apa yang aku lakukan untuk ISLAM?

Persoalan ini cukup untuk buat jiwa memberontak dan membentak! Ditambah dengan provokasi yang menekan dari semua sudut. Depan belakang kiri kanan atas bawah, malah dari tengah dan dalam jua ada. Betapa ruginya aku! Rugi yang tak terperi. Andai tidak kali ini, bila lagi? Apa aku ada peluang lagi? Aku pernah punya peluang itu, tapi aku siakan dengan berbekal ilmu dangkal sedangkal air teh o dalam piring yang nak ditiup sejuk. Aku dangkal dulu dan ia rugi. Aku masih dangkal sekarang(tapi aku cuba belajar menjadi anti-dangkal) dan tetap, aku rugi. Aku rugi besar! Dan jika ditanya nanti apa aku buat untuk ISLAM, apa yang bakal aku jawab? Apa? Apa yang sudah aku buat?  Ia rugi besar Nabila!
P/s : Daftarlah mengundi awal-awal, jangan jadi macam aku. Dah terlambat nak mendaftar, aku tidak punya saham dalam menegakkan agama ALLAH dalam PRU13. Aku rugi. Dan yang paling rugi, aku tidak punya saham. Apa nak ku jawab jika ditanya "apa kau buat untuk ISLAM?"

Monday, December 10, 2012

Pilihan terbaik.

Aku tidak terpilih kesana, kerana aku terpilih untuk kesana bersama tercinta. Insyallah dan aku sangat tahu, sangat yakin, ini yang terbaik untuk aku :)
Mood : Sayang cinta kasih sangat pada mereka.
Open Cbox