Showing posts with label rasa. Show all posts
Showing posts with label rasa. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Saya rasa.

Assalamualaikum readers, pertama-tama saya tekankan bahawa entri ini benar-benar dari hati hina akal cetek hati buta minda kosong hati kering otak senteng aku sendiri dan aku tekankan sekali lagi bahawa entri ini adalah benar-benar tulus apa yang aku rasa. Maaf, aku tidak mengambil kira hati minda perasaan akal mahupun otak orang lain. Maaf. Aku rasa bahawa aku salah dalam apa yang dah aku lakukan. Dan aku rasa sangat tidak berbaloi aku perjudikan, aku murahkan harga diri aku. Kerana jawapan singkat itu. Dan akan aku ingat bait-bait itu agar tidak lagi mengulang sakit ini.
(Dan maaf aku laungkan untuk kamu semua. Aku langsung tidak pedulikan perasaan, hati, akal, jiwa, minda, otak orang lain saat aku menulis ini. Jujur, aku tak tipu)

Wednesday, April 24, 2013

Bila wajahmu aku bayangkan.

Terngiang-ngiang lagu itu dalam benak fikiran. Sungguh, bila wajahmu aku bayangkan. Kurasa sayang, kurasa rindu. Kurasa sayang mengenangkanmu. Sungguh. Aku tak tipu. Walau sikit, aku tak tipu. Ini apa yang akar hati aku berkata dan menjerit sentiasa. Bila akar hati dah menjerit, batang-dahan-ranting-daun-bunga semuanya goyah! Semua goncang, rapuh! Pelan-pelan jadi retak, dan...pang! berderai.

P/s : Aku harap aku tidak sampai tahap berderai. Aku teguh, tegap, kokoh, bisa gantang! Aamiin.  
*O Allah, jika rindu ini bermanfaat, zahirkanlah*
*Quotes credit to SyaRod *



Open Cbox